Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ada 17 Kes Jangkitan, Menara City One Jalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan

Selepas terdapat 17 kes positif jangkitan COVID-19, keseluruhan Menara City One, Jalan Munshi Abdullah di Kuala Lumpur telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

ada 17 kes jangkitan, menara city one jalani perintah kawalan pergerakan diperketatkan

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan untuk melaksanakan PKPD adalah selepas mendapat nasihat Menteri Kesihatan.

Advertisement

“Mengambil kira jumlah kes tersebut, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan arahan ketiga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (Enhanced Movement Control Order).

“Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ini melibatkan 3,200 orang penghuni di 502 unit kondominium dan premis perniagaan di menara itu.

“Perintah ini akan berkuatkuasa mulai 31 Mac 2020 hingga 13 April 2020. Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar,” jelasnya dalam satu kenyataan kepada media.

Sehubungan itu, aktiviti pengesanan dan saringan COVID-19 boleh dilakukan dari unit ke unit sepanjang tempoh PKPD itu dilaksanakan selama 14 hari.

Penghuni dan pelawat tidak dibenarkan untuk keluar dan masuk daripada menara terbabit sepanjang PKPD, dan semua aktiviti perniagaan kecuali keperluan keperluan dihentikan.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini