Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Selepas 9 Bulan Ditutup, ‘Menara Eiffel’ Mercu Tanda Paris Kembali Dibuka Kepada Umum

Menara Eiffel mercu tanda dan tarikan utama Paris kini dibuka semula selepas ditutup sejak sembilan bulan lalu akibat pandemik COVID-19.

Malah, penutupan menara itu sebelum ini merupakan paling lama sejak Perang Dunia Kedua.

Advertisement

selepas 9 bulan ditutup, ‘menara eiffel’ mercu tanda paris kembali dibuka kepada umum

Namun, hanya 13,000 pengunjung sahaja dibenarkan sehari untuk menjaga penjarakan fizikal bagi membendung kes penularan berlaku.

Prosedur operasi standard (SOP) yang ketat juga dilakukan seperti pengunjung perlu mengemukakan bukti mereka telah divaksinasi atau negatif saringan COVID-19.

selepas 9 bulan ditutup, ‘menara eiffel’ mercu tanda paris kembali dibuka kepada umum

Menurut Presiden Menara Eiffel, Jean-François Martins, beliau mengakui ia menambah beban kerja pihak pengurusan tetapi yakin ia tersusun rapi.

“Selepas pemeriksaan keselamatan daripada kakitangan kami, akhirnya ‘the lady is ready’ (Menara Eiffel tersedia) kepada orang ramai,” katanya.

Terdahulu, Menara Eiffel yang dibina pada 1889, biasanya menerima tujuh juta pengunjung setiap tahun di mana tiga perempat daripadanya adalah pelancong luar negara.

Sumber: Travel Awaits
 

ERA Muzik Hit Terkini