Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lelaki Ini Meninggal Dunia 3 Hari Selepas Bersihkan Udang

Seorang lelaki berusia 60-an dari Hangzhou, China telah meninggal dunia selepas 3 hari dijangkiti bakteria berbahaya kerana tidak sengaja memotong kulit jarinya semasa membersihkan udang.

lelaki ini meninggal dunia 3 hari selepas bersihkan udang

Advertisement

Menurut portal tempatan, lelaki yang dikenali dengan nama Wang, telah dibawa ke hospital selepas mendapati kaki kanannya membengkak dan penuh dengan lebam.

Pemeriksaan lanjut mendapati, banyak organ dalaman Wang didapati tidak berfungsi, menyebabkan beliau dibawa ke ICU untuk pemeriksaan dan rawatan rapi. Tidak lama selepas itu, Wang telah dilaporkan meninggal dunia.

lelaki ini meninggal dunia 3 hari selepas bersihkan udang

Ahli keluarga Wang menceritakan, beberapa hari sebelum itu, beliau telah membersihkan udang yang dibelinya, hingga menyebabkan terluka pada kulit.

Doktor mengesahkan Wang dijangkiti bakteria jenis Vibrio vulnificus, iaitu sejenis bakteria berbahaya yang menyebabkan kematian. Ia banyak terdapat pada hidupan laut.

lelaki ini meninggal dunia 3 hari selepas bersihkan udang

Sumber: QQ

ERA Muzik Hit Terkini