Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Menyesal Ter-delete Benda Dekat Instagram? Lepas Ni Tak Payah Risau Dah Sebab Ada Ciri Ni

menyesal ter-delete benda dekat instagram? lepas ni tak payah risau dah sebab ada ciri ni

Sekarang ni kalau korang delete gambar atau video dekat Instagram, memang tak akan jumpa dah sampai bila-bila. Rugi lah kalau gambar tu memberi banyak memori dan kenangan kepada kita kan?

Advertisement

Ok, lepas ni tak perlu risau lagi sebab Instagram akan memperkenalkan satu ciri baharu. Ciri tersebut merupakan sebuah folder yang akan menyimpan kandungan yang dipadam selama 30 hari.

Jadi, korang ada masa selama 30 hari untuk mendapatkan semula kandungan tersebut sekiranya korang mengubah fikiran. Kandungan yang dimaksudkan termasuklah gambar, video, IGTV dan juga story.

Buat masa ini mungkin tak semua akan dapat lagi fungsi ini sebab Instagram tak melancarkannya secara global lagi. Instagram juga belum menyatakan negara mana yang akan dapat menggunakannya terleih dahulu..

 Tapi korang boleh lah cuba-cuba tengok di Seetings > Account > Recently Deleted. Mana tahu, Malaysia menjadi negara terawal yang dapat ciri tersebut.

Sumber: The Star

ERA Muzik Hit Terkini