Penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah, akui beliau banyak belajar daripada Jose Mourinho, ketika mereka bersama dalam Chelsea.

Menjaringkan gol terbanyak dalam liga, Salah mungkin akan terlepas penampilannya dalam kejohanan dunia selepas cedera dibahu ketika menentang Real Madrid baru-baru ini.
Advertisement

Salah berada dibawah didikan Mourinho selama 18 bulan sebelum dipindahkan ke AS Roma dan Fiorentina.
“Saya belajar banyak daripada Mourinho dan daripada kelab”, kata Salah kepada BT Sport.
“Lampard selalu berlatih sendirian selepas sesi latihan, dan saya lihat dia lakukan itu, saya selalu bertemu dengannya (Lampard) dan belajar banyak darinya..”

Ditanya sama ada beliau masih ingin bermain untuk Piala Dunia ini, beliau yakin boleh bermain dan tidak sabar untuk beraksi walaupun keadaan fizikalnya masih tidak diketahui status.
Sumber: METRO
