Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Mesir Dilanda Banjir Ragut 3 Nyawa, Lebih 500 Mangsa Disengat Kala Jengking

Banjir di selatan Mesir melanda di kawasan kediaman masyarakat sehingga meragut tiga nyawa.

Malah, lebih 500 individu dimasukkan ke hospital selepas disengat kala jengking akibat daripada cuaca buruk tersebut.

Advertisement

mesir dilanda banjir ragut 3 nyawa, lebih 500 mangsa disengat kala jengking

Kesan ribut yang melanda di wilayah itu membawa kala jengking dari tempat persembunyian ke kawasan kediaman.

Namun, kesemua 503 mangsa yang disengat kala jengking itu diberi suntikan dos antibisa dan dibenarkan pulang selain tiada kes kematian dicatatkan.

mesir dilanda banjir ragut 3 nyawa, lebih 500 mangsa disengat kala jengking

Menurut Gabenor Aswan, Mejar Jeneral Ashraf Attia berkata banjir buruk itu turut memaksa pihak berkuasa menutup sekolah pada Ahad.

mesir dilanda banjir ragut 3 nyawa, lebih 500 mangsa disengat kala jengking

Banyak jalanan, rumah, ladang rosak akibat dilanda arus deras banjir yang buruk itu di kawasan mereka.

Sumber: Awani
 

ERA Muzik Hit Terkini