Pengguna Facebook semakin berkembang dan sehingga kini hampir 2.07 billion pengguna aktif menggunakan aplikasi tersebut. Daripada 2.07 billion pengguna ini, sebanyak 5.9 juta adalah seawal usia bawah 17 tahun.
Risau dengan masalah sosial yang melanda kanak-kanak seperti masalah jenayah seksual dan phedophilia, Facebook memperkenalkan Messenger Kids, aplikasi khas untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun yang lebih selamat daripada Messenger biasa.
Advertisement



Menerusi aplikasi Messenger Kids ini, ibu bapa perlu mengesahkan dengan siapa anak mereka berkomunikasi, malah setiap mesej yang dihantar atau diterima akan dikawal sepenuhnya oleh ibu dan bapa kanak-kanak tersebut.



Sumber: NY Post