
Lionel Messi menghargai pasukannya dengan melakukan kelainan apabila menghadiahkan 35 unit iPhone emas buat mereka selepas skuad Argentina memenangi Piala Dunia Qatar 2022. Dianggarkan smartphone itu bernilai 175,000 pound (RM940,052) dan ia dihantar ke kediaman miliknya di Paris pada Sabtu. iPhone itu juga diukir dengan nombor jersi serta logo Argentina.
Advertisement
Malah Messi juga terlibat dalam membuat rekaan tersebut, kata usahawan Ben Lyons yang merupakan CEO untuk iDesign Gold. Messi meminta Ben cadangan untuk memberikan hadiah untuk skuad Argentina tetapi bukan jam tangan mewah, lantas datang idea untuk menghadiahkan iPhone emas buat skuad Argentina.
Sumber: Sinar Harian/ Astro Awani