
Lionel Messi mendedahkan dia tidak menyesal berpindah ke kelab Amerika Syarikat, Inter Miami malah dia mengakui dia tidak sabar untuk bermain serta menghadapi cabaran baru bersama kelab tersebut.
Advertisement
Messi tiba di Amerika Syarikat dalam acara khas menjelang penampilannya bersama Inter Miami.
"Ya, sejujurnya saya amat gembira dengan keputusan kami sekeluarga buat ini. Malah, saya telah bersedia dan tidak sabar untuk menghadapi cabaran baharu di Amerika Syarikat.
“Mentaliti dan fokus dalam kepala saya tidak akan berubah dan saya akan cuba berikan terbaik di mana sahaja tubuh saya berada.
Messi juga bakal disatukan dengan rakan spasukan di Barcelona, Sergio Busquets serta bekas jurulatih Argentina, Gerardo Martino di Inter Miami.
Messi akan membuat penampilan sulung bersama Inter Miami menentang kelab dari Mexico , Cruz Azul pada 21 Julai ini.
Sumber: Sinar Harian