Sabtu lalu, model dan juga sukarelawan dari Mexico dinobatkan sebagai pemenang ke-68 Miss World 2018 yang berlangsung di China.

Advertisement

Vanessa Ponce dé Leon, 26, yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Perniagaan Antarabangsa, menerima anugerah tersebut daripada pemenang Miss World tahun lalu dalam upacara yang bertemakan ‘We Are Family’.


Menariknya untuk edisi kali ini, Larissa Ping, yang mewakili Malaysia berjaya melayakkan diri ke separuh akhir top 30 Miss World 2018.




Larissa yang berasal dari Sarawak turut membanggakan Malaysia kerana memenangi Top 5 Best Talen, Top 5 Best Designer, Top 32 Top Model, dan Top 10 Mobstar, serta menewaskan peserta dari Guadeloupe dalam saingan Head to Head Challenge.



Tahniah!
Sempena Jualan Hebat Akhir Tahun Lazada, jom masukkan kod promo LAZADARADIO untuk setiap pembelian minimum RM80 menerusi aplikasi Lazada dan korang akan dapat potongan sebanyak RM12. Terhad kepada 300 orang yang terawal je tau? Promosi ini hanya sah bermula 10 sehingga kesemua kod promo habis ditebus ok! Check out laman web Lazada untuk maklumat lanjut!
#MYLazada1212 #Lazada1212ERA

