Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Mexico Temui Fosil Dinosaur Spesies Jarang Dijumpai

Kewujudan dinosaur hanya dapat dibuktikan melalui penemuan fosil sahaja kerana ia telah pupus jutaan tahun dahulu.

mexico temui fosil dinosaur spesies jarang dijumpai

Advertisement

Baru-baru ini, ahli paleontologi mendakwa mereka mengenal pasti spesies dinosaur baharu selepas menemui spesimen dianggarkan berusia 73 juta tahun di utara Mexico.

“Kira-kira 72 atau 73 juta tahun yang lalu, dinosaur herbivor yang besar mati dalam air yang penuh dengan mendapan, sehingga badannya dilitupi bumi dan terpelihara berabad lamanya.

mexico temui fosil dinosaur spesies jarang dijumpai

“Dinosaur ini memiliki telinga dengan kemampuan mendengar suara berfrekuensi rendah.

“Kemungkinan besar dinosaur ini jenis yang tenang tetapi banyak bercakap,” katanya

mexico temui fosil dinosaur spesies jarang dijumpai

Tambahnya, penyelidik berpendapat dinosaur tersebut adalah spesies herbivor yang hanya makan tumbuh-tumbuhan.

Menurut National Institute of Anthropology and History (INAH), spesies itu digelar Tlatolophus Galorum di mana ia pertama kali ditemui di wilayah General Cepeda, utara Coahuila pada 2013.

Nama Tlatolophus berasal daripada bahasa Nahuatl iaitu "tlahtolli" bermaksud "kata", dan "lophus" pula daripada perkataan Greek yang bermaksud "kepala".

Sumber: ABC News

ERA Muzik Hit Terkini