Pelakon kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh berjaya memenangi Anugerah Golden Globe bagi kategori pelakon wanita terbaik muzikal, komedi menerusi wataknya sebagai Evelyn Quan Wang dalam “Everything Everywhere All At Once”.

Beliau berjaya mencipta sejarah apabila muncul pelakon Malaysia pertama meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi pada Anugerah Golden Globe di Los Angeles.
Advertisement
Pelakon berusia 60 tahun itu juga menewaskan pencabar-pencabarnya seperti Lesley Manville (Mrs. Harris Goes To Paris), Anya Taylor-Joy (The Menu), Emma Thompson (Good Luck To You, Leo Grande) dan Margot Robbie (Babylon).