Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Microsoft Beri Peringatan Berhenti Guna Internet Explorer

Internet Explorer (IE) telah terpasang dalam perisian Windows sejak 1995 lagi.

microsoft beri peringatan berhenti guna internet explorer

Pernah menjadi pelayar web paling popular di dunia, kini ia terpaksa dihentikan selepas Microsoft berubah ke Edge sejak 2015.

Advertisement

microsoft beri peringatan berhenti guna internet explorer

Peringatan telah diberikan kepada pengguna supaya berhenti menggunakan IE menerusi sebuah artikel yang ditulis pakar keselamatan siber mereka, Chris Jackson. Walaupun banyak syarikat masih menggunakan IE, ia tidak lagi dibangunkan secara aktif dan akan menyokong standard baharu Internet.

IE juga hanya menyebabkan hutang teknologi syarikat bertambah. Malah, dengan menggunakan IE, banyak laman sesawang yang tidak boleh dibuka, malah ia juga jauh lebih slow berbanding pelayar yang lain seperti Chrome, Mozilla dan lain-lain.

Sumber: Amanz // MICROSOFT

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini