Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Minit Perlawanan Liga Perdana Inggeris Mungkin Dikurangkan

Perlawanan bola sepak di England mungkin akan dikurangkan dari 45 minit untuk setiap babak sekiranya saingan kembali disambung.

minit perlawanan liga perdana inggeris mungkin dikurangkan

Memetik kenyataan Gordon Taylor seperti yang dilaporkan oleh Awani, presiden persatuan pemain itu membayangkan perlawanan hanya akan disambung sekurang-kurangnya pertengahan tahun depan.

Advertisement

Pengelola Liga Perdana juga telah melancarkan 'Project Restart' dalam usaha mengakhiri kempen 2019/2020 dengan perlawanan mungkin dilangsungkan di gelanggang bekecuali di England mahupun di luar negara.

FIFA pula mencadangkan tambahan bilangan pemain gantian dalam meringankan beban pemain atas padang yang berdepan jadual padat jika perlawanan kembali disambung.

"Kami tidak pasti mengenai masa depan, apa yang kami tahu ialah cadangan dan idea yang telah dikemukakan. Kemungkinan bilangan pertukaran pemain akan ditambah, permainan mungkin tidak berlangsung selama 45 minit bagi setiap babak.

"Kami juga membincangkan mengenai stadium berkecuali, ada banyak perkara yang diusulkan. Kami perlu tunggu dan lihat apakah perancangannya, kemudian memberi ruang buat pengurus, jurulatih dan pemain untuk memberikan pandangan terhadap cadangan yang diberikan.", kata Taylor kepada BBC Radio 4.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini