Seorang wanita berusia 30 tahun dari China didapati memiliki kondosi tulang dua kali ganda dari umurnya. Wanita yang bernama Han Xiao itu pada mulanya mendapat serangan batuk sehingga menyebabkan sakit dada.

Disebabkan perkara tersebut berlarutan, Han mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan di hospital. Selepas pemeriksaan, doktor terkejut kerana punca sakit dada wanita tersebut adalah disebabkan tulang rusuk ketiga, keempat dan kelima patah kerana batuk.
