Beberapa hari lalu, tular sebuah video yang menunjukkan sebuah lori sarat dengan muatan air minuman di Nanjing, China, terjatuh ketika sedang membelok.

Advertisement

Namun apa yang mengejutkan ialah tindakan orang ramai yang sedaya upaya membantu si pemandu lori untuk mengutip semula botol-botol yang telah terjatuh.

Walaupun dalam keadaan suhu sekeliling yang agak panas, dalam masa 20 minit sahaja kesemua botol itu telah berjaya dikutip dan dikumpulkan semula, tanpa ada satu botol pun yang hilang.
People help pick up bottles of soft drink scattered on road in east China pic.twitter.com/L55B9YGSfQ
— China Xinhua News (@XHNews) August 1, 2019
Sumber: China Xinchua News
