Sumber: Brightside
Siapa yang tak nak cantik apatah dah nak dekat raya ni kan? Semua kalau boleh nak buat make over supaya berseri-seri di pagi raya. Tak perlu pun nak membazir habis ratusan ringgit kat salon, kat pusat kecantikan sebab korang boleh guna 7 jenis minyak ni untuk kembalikan seri diri tu.
Advertisement
#1. Minyak Bijan
Minyak bijan untuk putihkan gigi kuatkan gusi, hilangkan kaviti, dan bersihkan lidah.

#2. Minyak bunga raya
Minyak bunga raya ni sangat bagus untuk rambut. Siapa yang rambutnya nipis tak lebat boleh sapu minyak ni pada rambut. Vitamin C yang ada dalam minyak ni membantu meningkatkan kolagen dalam rambut, sementara asid amino memelihara dan menguatkan akar.

#3. Olive oil
Minyak berkhasiat ini memperbaiki keadaan kulit, rambut, dan kuku. Ia boleh digunakan sebagai rawatan berasingan dan digabungkan dengan produk kecantikan yang lain.

#4. Tea tree oil
Tea tree oil sangat bagus untuk mereka yang wajah berjerawat. Minyak ni mempunyai anti-radang, bakteria, fungisida, antiviral, dan sifat penyembuhan luka. Ia lazim digunakan untuk merawat jerawat dan sebagai penjagaan kulit berminyak atau masalah.

#5. Minyak kastor
Minyak kastor untuk lebatkan kening dan bulu mata. Minyak ni meningkatkan metabolisme sel, sementara asid stearic dan linoleic menghalang kelembapan daripada menguap dan melindungi rambut kecil dari penumpahan, kekeringan, dan kesan panas dan matahari.

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
