Pertubuhan Miss Universe Malaysia (MUMO) minggu lalu melancarkan pakaian kebangsaan yang akan dipakai oleh Miss Universe Malaysia 2018, Jane Teoh pada pertandingan Miss Universe ke-67 yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada 17 Disember 2018.
Jika pakaian Miss Malaysia mendapat inspirasi ‘Bangau Perahu’, berbeza pula dengan Miss Universe dari Thailand yang menggunakan kostum gajah, iaitu haiwan yang sinonim dengan negara Thailand.
Advertisement
Dipetik daripada laman Instagram @tpagent, kostum dan tema gajah diangkat sebagai kostum nasional Thailand pada pertandingan Miss Universe itu nanti.
Berbeza pula dengan Miss Universe Japan, mereka bakal tampil dengan kostum watak kartun popular, Sailormoon!
Sumber: Instagram @hypemy / @tpagent / @missosologyjapan
