Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Shweta, Gadis 22 Tahun Di Pilih Sebagai Miss Universe Malaysia 2019

Shweta Sekhon telah dinobatkan sebagai pemenang Miss Universe Malaysia 2019 pada Malam Gala Miss Universe Malaysia 2019 semalam.

shweta, gadis keturunan punjabi di pilih sebagai miss universe malaysia 2019

Advertisement

shweta, gadis keturunan punjabi di pilih sebagai miss universe malaysia 2019

Gadis 22 tahun yang berketurunan Punjabi itu dinobatkan sebagai pemenang, mengenepikan saingan daripada 18 peserta lain yang turut sama pamer kehebatan dan kebolehan mereka yang tersendiri.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Finalist M.U.Malaysia 2019 (@shweta_sekhon_) on

Acara pencarian Miss Universe 2019 dimulakan dengan kesemua 18 peserta menggayakan pakaian mandi sebelum sepuluh peserta terbaik dipilih untuk mara ke pusingan Top 10.

shweta, gadis keturunan punjabi di pilih sebagai miss universe malaysia 2019

shweta, gadis keturunan punjabi di pilih sebagai miss universe malaysia 2019

Ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid seterusnya mengiringi kesemua top 10 peserta di atas pentas sambil mereka memperagakan gaun malam masing-masing.

Terpilih untuk ke pusingan akhir, Shweta bersama 3 yang lain iaitu Tessminderjit Kaur, 23, Lee Su Hsien,25, dan Frost Yaw Hui Jing, 25, dinilai untuk menentukan pemenang.

Sama seperti format Miss Universe sebenar, peserta akan dinilai berdasarkan soalan yang diberikan dan mereka perlu menjawab dalam masa 30 saat.

Jawapan yang diberikan oleh Shweta nyata membuktikan beliau layak dipilih sebagai Miss Universe 2019 dan akan mewakili negara ke pentas Miss Universe pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Tahniah!

shweta, gadis keturunan punjabi di pilih sebagai miss universe malaysia 2019

Sumber: Awani / IG Miss Universe Malaysia

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini