Seorang wanita dilaporkan terlibat dalam kemalangan pada 11 Oktober lalu kira-kira jam 7.30 pagi di Taman Wira Mergong, Kota Star, Kedah.
Namun apa yang peliknya ialah kelibat gambar dirinya dalam telefon bimbit sendiri telah diambil satu jam sebelum kemalangan itu terjadi.
Advertisement

Dipetik dari Sinar Harian, Faizah Mohd Noh berkata, beliau memang ada mengambil gambar sebagai bukti kemalangan, namun hanyalah dua gambar sahaja.
“Lepas saya periksa gambar yang diambil, saya terkejut kerana terdapat lebih dari dua gambar dalam telefon bimbit saya.
“Bukan itu sahaja, gambar saya berdiri dekat luar kereta pun ada. Tapi saya tak ada pun bagi telefin saya pada sesiapa,” kata wanita berkenaan.
Tambah pelik, masa pada gambar itu tertulis jam 6.26 pagi, sedangkan kemalangan dilaporkan terjadi jam 7.30 pagi.

“Saya bekerja di Kangar tetapi menetap di Kedah. Jadi setiap hari berulang-alik dari Langgar ke Kangar.
“Selalunya Isnin sampai Khamis saya guna jalan Korok Cuma setiap Jumaat saya akan lalu jalan tersebut sebab Kedah cuti, jadi jalan akan jadi lengang.”, tambahnya lagi.
Namun, nasib tidak menyebelahi beliau apabila satu kereta dari arah bertentangan membelok ke laluannya dan dia tak sempat menekan brek lalu berlaku perlanggaran.
Pun begitu, misteri gambar dalam telefon bimbitnya masih menjadi tanda tanya dan tiada siapa dapat menjawabnya.
Sumber: Sinar Harian