Katrina Paraiso, seorang wanita yang tinggal di Jepun dan berasal daripada Filipina, telah ber’selfie’ pada suatu malam. Namun dia tidak menjangkakan wujud satu bayangan misteri dibelakangnya; bayangan seorang kanak-kanak yang sedang terbaring.


Advertisement
Untuk mendapatkan bayangan yang lebih jelas, Katrina telah menaikkan ‘contrast’ dan meningkatkan pengcahayaan pada gambar tersebut, dan jelas kelihatan seorang kanak-kanak sedang terbaring dan memandang ke arahnya dari belakang.

Yakin bahawa ia bukan ilusi atau suntingan gambar, Katrina memberitahu bahawa dia tidak mempunyai kanak-kanak seusia atau sebaya dengan bayangan dalam gambar itu dirumah tersebut.
Adam Reyes, seorang Profesor yang terlibat dalam alam mistik, cuba untuk membantu Katrina dan beliau percaya bayangan kanak-kanak itu cuba untuk meminta bantuan dengan ‘melawat’ orang yang tersayang.


Sumber: Facebook