Penyerang Liverpool, Mohamed Salah telah disahkan positif Covid-19, seperti yang disahkan oleh Egyptian FA.

Egyptian FA menerusi laman Twitternya menyebut Salah positif ujian COVID-19, walaupun pemain berusia 28 tahun itu tidak menunjukkan sebarang gejala.
وخضع نجمنا الدولي للبرتوكول الطبي بعد تنسيق طبيب المنتخب الدكتور محمد أبوالعلا مع ناديه الإنجليزي ليفربول ..بالإضافة إلي عزله داخل غرفته وأيضا عزل كل المخالطين
— Egypt National Football Team (@Pharaohs) November 13, 2020
ويخضع نجمنا الي مزيدا من الفحوصات خلال الساعات القادمة
Advertisement
Badan pengurus itu menambahkan, ahli pasukan Mesir yang lain negatif ujian berkenaan, sementara Salah sekarang sedang menjalani proses kuarantin diri.
Salah yang turut bermain untuk pasukan Liverpool, sepatutnya akan turun beraksi menentang Leicester pada 21 November, namun terpaksa meninggalkan perlawanan tersebut berdasarkan garis panduan ditetapkan oleh kerajaan UK.
Ini juga akan membuat Salah mungkin tidak akan diturunkan dalam saingan Liga Juara-Juara menentang Atalanta pada 25 November memandangkan dia tidak dapat berlatih dengan rakan sepasukan kelabnya.
Salah juga merupakan pemain keempat dari kelab Liverpool yang diuji positif COVID-19 musim ini, bersama Thiago pada bulan September, kemudian Sadio Mane dan Xherdan Shaqiri pada bulan Oktober lalu.
Sumber: Skysports