Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Permohonan Pulang Ke Rumah Dari Kampung Boleh Dibuat Mulai Esok

Pada 23 April 2020, Kerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk membenarkan rakyat Malaysia yang terkandas di kampung halaman ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk pulang ke kediaman masing-masing.

Bagaimanapun ia perlu dimohon terlebih dahulu secara atas talian melalui aplikasi Gerak Malaysia untuk perjalanan 1 hingga 3 Mei 2020.

Advertisement

permohonan pulang ke rumah dari kampung boleh dibuat mulai esok

Permohonan melalui aplikasi tersebut boleh dibuat bermula esok, 26 April 2020 dan proses kemaskini permohonan adalah pada 29 April iaitu bagi mengesahkan destinasi perjalanan.

Permohonan yang diluluskan sahaja akan dibenarkan untuk pulang dari kampung merentasi negeri untuk tempoh antara 1 hingga 3 Mei 2020. Pengguna jalan raya juga diingatkan supaya patuh dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa sepanjang atas perjalanan.

Aplikasi Gerak Malaysia boleh dimuatturun di Google Play Store, Apple Apps Store dan Huawei App Gallery.

permohonan pulang ke rumah dari kampung boleh dibuat mulai esok

Sumber: Astro Radio News

ERA Muzik Hit Terkini