Yeaa, berita baik untuk pelajar lepasan SPM yang ingin memohon sebagai guru, anda boleh memohon Program Ijazah Sarjana Perguruan (PISMP), bagi ambilan 2019 bermula hari ini.

Advertisement
Kementerian Pendidikan (KPM) telah mempelawa pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan untuk mengikuti program ini menerusi laman web:
https://pismp.moe.gov.my
Selain daripada Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), terdapat juga program perguruan lain yang ditawarkan iaitu Program Kembar Praperkhidmatan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Perancis (Dengan Pendidikan) Ambilan 2019 dan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) Ke Universiti Terkemuka Luar Negara Di Timur Tengah Dalam Bidang Bahasa Arab Ambilan 2019

Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Mac ini pada jam 11.59 malam.
