Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Cara Mohon Daftar Kerja SPA Melalui Sistem Baharu SPA9

Buat mereka yang ingin memohon pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia, adalah dimaklumkan bahawa sistem permohonan telah dinaiktaraf kepada SPA9.

cara mohon daftar kerja spa melalui sistem baharu spa9

Advertisement

SPA9 dilancarkan bagi menggantikan sistem yang lama iaitu SPA8i. Oleh itu, pengguna dari SPA8i perlu berpindah kepada SPA9 bagi memohon pekerjaan dalam perkhidmatan awam.

cara mohon daftar kerja spa melalui sistem baharu spa9

Berikut adalah cara untuk log masuk ke laman SPA9:

1. Masuk ke portal rasmi SPA9 di laman sesawang berikut: https://spa9.spa.gov.my/login

cara mohon daftar kerja spa melalui sistem baharu spa9

2. Pastikan anda membaca peraturan yang disediakan dan tidak memasukkan maklumat palsu atau mengelirukan.

3. Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun SPA8i, anda perlu membuat “Pendaftaran Pengguna” bagi memasuki ruangan SPA9 ini.

cara mohon daftar kerja spa melalui sistem baharu spa9

4. Masukkan maklumat terkini, dan tekan butang ‘Daftar’.

5. Kembali semula ke halaman depan SPA9. Jika anda pernah membuat pedaftaran menerusi SPA8i, maklumat dan profil anda akan terpampang di skrin. Anda boleh mengemaskini butiran peribadi disini.

6. Jika anda pengguna baru, sila kemaskini segala maklumat dalam sistem.

Apa yang menarik mengenai SPA9 ini adalah ia lebih mesra pengguna, keputusan boleh disemak dengan mudah dan lancar, serta permohonan menjadi lebih mudah.

Sumber: Portal Malaysia

ERA Muzik Hit Terkini