Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Monyet Bela Anak Kucing Yang Belum Celik Mata Buat Macam Anak Sendiri

Haiwan juga mempunyai sifat kasih sesama sendiri. Begitu juga dengan seekor monyet di Maharashta, India ini.

Monyet berwarna bulu coklat keemasan itu dilihat mengusung seekor anak kucing yang masih belum celik matanya, kemana sahaja dia pergi, malah melayan anak kucing tersebut bagaikan anak sendiri.

Advertisement

monyet bela anak kucing yang belum celik mata buat macam anak sendiri

monyet bela anak kucing yang belum celik mata buat macam anak sendiri

monyet bela anak kucing yang belum celik mata buat macam anak sendiri

Video yang dimuatnaik oleh SWNS itu menunjukkan monyet tersebut yang sedang kelaparan meminta makanan daripada seorang pemilik gerai di Gandhi Chowk, sebuah daerah di Kalyan, India.

Persoalannya, anak kucing tu nak makan apa?

Sumber: SWNS 

ERA Muzik Hit Terkini