Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Monyet Di Bali Kebuluran Tiada Pelancong Beri Makanan, Sampai Terpaksa Selongkar Rumah Penduduk Tempatan

Hutan Monyet Sangeh sering menerima lebih 6,000 kunjungan sebulan tetapi situasi berubah apabila pandemik melanda dan hanya 500 orang pengunjung sahaja yang berkunjung ke tempat mereka.

monyet di bali kebuluran tiada pelancong beri makanan, sampai terpaksa selongkar rumah penduduk tempatan

Advertisement

Baru-baru ini, pulau pelancongan popular Indonesia, Bali dikejutkan dengan tindakan monyet-monyet yang menggeledah rumah orang awam untuk mencari makanan akibat kebuluran.

Monyet-monyet di Hutan Monyet Sangeh berkelakuan sebegitu akibat kurangnya bilangan pelancong yang berkunjung untuk memberi makanan.

monyet di bali kebuluran tiada pelancong beri makanan, sampai terpaksa selongkar rumah penduduk tempatan

Difahamkan, ramai penduduk sekitar mengadu monyet-monyet tersebut memanjat ke bumbung-bumbung rumah berdekatan untuk mendapatkan makanan bagi kelangsungan hidup.

Penduduk tempatan mahu monyet-monyet berkenaan menghentikan tindakan itu dengan membawa buah-buahan, kekacang dan beberapa makanan lain ke Hutan Monyet Sangeh.

“Kami bimbang haiwan itu akan menjadi liar dan ganas,” luahan seorang penduduk kampung, Saskara Gutsu Alit.

monyet di bali kebuluran tiada pelancong beri makanan, sampai terpaksa selongkar rumah penduduk tempatan

Hutan tersebut juga menjadi lokasi bagi kuil Pura Bukit Sari dan hampir 600 ekor monyet tinggal disitu setakat ini.

Sumber: South China Morning Post

Oleh: Muhammad Izwan Zainal

ERA Muzik Hit Terkini