Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Monyet Dirakam Main Layang-Layang Ketika Manusia Sedang Berkurung

Jika sebelum ini kita sudah melihat gelagat dua ekor monyet yang bergembira bermain dekat sebuah kolam renang ketika manusia sedang menjalani perintah berkurung, kali ini lain pula ceritanya.

Seekor monyet di India telah dirakamkan bermain layang-layang dari atas sebuah bumbung perumahan, sehingga mencuri perhatian ramai.

Advertisement

monyet dirakam main layang-layang ketika manusia sedang berkurung

Penduduk setempat yang sempat menyaksikan kejadian ini bersorak sambil memerhatikan gelagat monyet itu sedang memegang tali dan layang-layang pada tangannya.

monyet dirakam main layang-layang ketika manusia sedang berkurung

"Monyet terbangkan layang-layang ketika perintah berkurung. Planet of Apes kini menjadi realiti", tulis pemilik akaun Twitter yang menyaksikan kejadian berkenaan.

Setakat ini, sudah 12,759 kes positif COVID-19 direkodkan di India, dengan 423 kes kematian dilaporkan dan hanya 1,514 daripadanya pulih.

Sumber: Twitter

ERA Muzik Hit Terkini