Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Gambar Monyet Obesiti Viral, Kini Ia Terpaksa Jalani Diet Ketat

gambar monyet obesiti viral, kini ia terpaksa jalani diet ketat

Sumber: Harian Metro 

Advertisement

Kesiannya!

Disebabkan gambar seekor monyet obesiti jadi viral di media sosial baru-baru ini, ia terpaksa menjalani diet yang ketat selepas diambil  Pejabat Pemuliharaan Haiwan Liar. Monyet terpaksa jadi obesiti kerana sering makan makanan ringan. 

Monyet tersebut akan dilepaskan selepas ia mendapat berat badan yang ideal. Monyet itu diselamatkan di Monumen Khun Kala, lokasi pelancongan popular di daerah Bang Khun Thian di Bangkok. Disebabkan badannya yang terlalu berat, ia tak mampu untuk bergerak dan hanya menunggu makanan yang diberikan daripada pengunjung. 

Ia perlu mendapatkan berat badan antara 10 hingga 15 kilogram. Namun berat monyet yang berusia 15 tahun tersebut adalah 27 kilogram.

“Kami menyediakan diet khas terdiri daripada buah-buahan dan sayuran serta menggalakkan monyet ini bergerak dan bersenam.

“Pemeriksaan mendapati perut monyet itu semakin kecil dan haiwan berkenaan semakin sihat,” jelas doktor haiwan di situ. 

gambar monyet obesiti viral, kini ia terpaksa jalani diet ketat

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

gambar monyet obesiti viral, kini ia terpaksa jalani diet ketat

ERA Muzik Hit Terkini