
Motif kes culik Albertine Leo Jia Hui, 6, pada 20 Julai lepas akan didedahkan hanya selepas polis melengkapkan siasatan berhubung kes itu tidak lama lagi, kata Ketua Polis Johor CP M Kumar.
Advertisement
Menurut M Kumar, maklumat berkenaan tidak dapat didedahkan kepada umum buat masa ini untuk mengelakkan daripada mengganggu siasatan.
"Kami jalankan siasatan secara menyeluruh. Bagaimanapun laporan perubatan yang diterima mengesahkan kanak-kanak ini tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika ditemui di Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.
Terdahulu, pada 23 Julai yang lalu, Albertine Leo telah ditemukan selamat di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor sekitar jam 4.45 pagi, tiga hari selepas dia dilaporkan hilang.
Sumber: BERNAMA