Tidak ramai yang mempunyai kemahiran untuk memanjat serta memetik buah daripada pokok kelapa.
Namun, seorang petani di India mempunyai cara yang lebih inovatif dan berteknologi tinggi bagi memetik buah pada pokok kelapa, iaitu dengan menggunakan sebuah motosikal khas.
Advertisement

Motor khas yang dicipta itu mempunyai tempat duduk, pemegang klac serta pemecut untuk memudahkan seseorang itu naik keatas pokok.

When you want to be a bike racer but become a farmer due to parental pressure. pic.twitter.com/OxkPKleoRa
— Bade Chote (@badechote) June 2, 2019
Ciptaan unik oleh Ganapathi Bhat daripada kampung Komale di India ini nyata mendapat pujian daripada orang ramai. Beliau bercadang untuk menjualnya pada harga RM4,450 seunit.
