
Sumber: Siakapkeli
Advertisement
Bila sampai je hujung tahun, tibalah musim hujan dan musim banjir terutama sekali di negeri-negeri Pantai Timur. Seorang lelaki ni berjaya mengambil kesempatan mencipta motor yang boleh meredah banjir. Maklumlah, bila enjin masuk air memang boleh rosak teruk.
Amin Mohamed, 31, hanya bermodalkan RM 500 sahaja berdasarkan imaginasi dan kreativitinya. Motor tersebut menggunakan enjin Honda C70 dengan satu tayar motosikal di depan serta dua tayar kereta di belakang yang membolehkannya mengharungi banjir sedalam satu meter.
“Saya buat lakaran reka cipta motosikal ini atas kertas Januari lalu dan mula membuatnya sedikit demi sedikit pada waktu terluang.
“Saya hanya guna bahan terbuang dan bahan sedia ada kerana saya perlu elak kos tinggi. Ciptaan ini bukan untuk meraih keuntungan, hanya untuk kepuasan diri,” jelasnya.
“Motosikal istimewa itu bukan saja mampu mengharungi air, malah ia dicipta untuk aksi lasak dengan kesesuaian kepada semua jenis permukaan jalan.
“Saya akan pasang beberapa aksesori selepas ini untuk mencantikkan lagi ciptaan saya serta menambah fungsi sampingan yang difikirkan perlu,” akhirnya.

