Seorang mekanik di India telah memperkenalkan motosikal ciptaannya yang patuh kepada penjarakan sosial, ekoran pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini.

Motosikal yang mempunyai kelajuan 40 kilometer sejam ini dicipta sendiri oleh Partha Saha, 39, dari negeri Tripura, mempunyai jarak satu meter antara pembonceng dengan penumpang.
Advertisement

Saha dilaporkan akan menggunakan motosikal itu untuk menghantar anaknya ke sekolah selepas tamat perintah berkurung di negara terbabit.
Menurutnya lagi, idea bagi menghasilkan motosikal patuh penjarakan sosial ini timbul selepas beliau sedar akan kepentingan sosial distancing, namun menjadi masalah khasnya kepada pengguna motosikal.
"Saya beli motosikal buruk dari penjual barang lusuh sebelum keluarkan enjin dan potong dua bahagian.
"Kemudian saya gunakan batang besi lebih satu meter bagi menyambung dua bahagian antara tempat duduk penunggang dan pembonceng," katanya.

Motosikal terbabit menggunakan kuasa bateri yang memakan masa tiga jam untuk sekali pengecasan bagi menampung perjalanan 80 kilometer.
"Kini, saya boleh membonceng anak perempuan saya berumur lapan tahun tetapi masih mematuhi penjarakan sosial.
"Saya tak mahu dia naik bas sekolah dalam keadaan sesak," katanya.
Sumber: Bangkok Post