Jose Mourinho dikatakan hampir pasti menjadi pengurus Liverpool pada 2004, sebelum pasukan Chelsea menawar tawaran lebih lumayan untuk mendapakan khidmatnya.

Berikut yang didedahkan oleh bekas penasihat Mourinho, Jorge Baidek yang memberitahu satu pertemuan telah diadakan bagi membincangkan jawatan Mourinho disebuah hotel pada April 2004.
Advertisement
"Mourinho sepatutnya menjadi pengendali Liverpool. Ketua Eksekutif Liverpool ketika itu, Rick Parry menguruskan mengenai perbincangan tersebut dan kami meminta surat perjanjian daripadanya.
"Tetapi, mereka meminta kami menunggu selama 15 hari kerana Gerard Houllier pada ketika itu masih menjadi pengendali Liverpool.
"Namun, kemudiannya Jorge Mendes iaitu ejen kepada Mourinho menawarkan tawaran yang lebih lumayan daripada Chelsea untuk membimbing pasukan itu," katanya.
Tidak lama kemudian, Mourinho mengadakan pertemuan dengan pemilik Chelsea, Roman Abramovich sebanyak dua kali sebelum memutuskan menjadi pengendali The Blues dengan tawaran yang sangat lumayan.

"Mourinho terlalu mahukan jawatan di Liverpool. Tetapi, pengurusan Liverpool lebih mahukan khidmat Benitez kerana dia berjaya membantu Valencia memenangi Liga Sepanyol dan Piala UEFA.
"Saya juga tahu Mourinho sangat kecewa dengan keputusan Liverpool itu," kata bekas pemain Liverpool, Danny Murphy pada 2016.
Mourinho kini mengendalikan pasukan Spurs sejak dari tahun 2019.
Sumber: Sinar Harian