
Malam semalam telah berlangsung majlis aqiqah dan tahnik buat puteri sulung Dato' Sri Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid. Majlis yang penuh dengan pengisian agama dan nama yang dipilih, Siti Aafiyah juga merupakan ilham dari satu doa dan juga semasa pasangan ini berada di Mekah.
Advertisement
Ramai yang memuji pemilihan nama yang ringkas dan penuh makna yang baik-baik buat puteri sulung Siti. Majlis tahnik juga dilakukan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.
Menerusi satu post beliau di Facebook, mufti menerangkan secara jelas maksud nama Aafiyah yang sangat indah.
Sumber: Facebook Mufti Wilayah Persekutuan
