Selain daripada nama Syafiq Kyle yang tengah viral sekarang ni, Faiz Roslan pun nama yang lebih panas lagi.
Sebelum ini Faiz Roslan suka buat video viral dan selalu menjadi viral di media sosial. Namun kebelakangan ini, video parodinya seakan menjadi-jadi kerana ianya menyentuh isu sensitiviti umat Islam. Apatah lagi kebanyakkan videonya itu dibuat semasa di bulan Ramadan.
Advertisement
Nampaknya ustaz dan selebriti gagal menasihatinya. Selepas ditegur pelbagai pihak, dia memuat lagi video live dengan bangga tidak berpuasa.
Kini Mufti Wilayah Persekutuan pula sudah buka mulut dan ingin bertemunya.
Sumber: Facebook Mufti Wilayah Persekutuan
