Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Akibat Suntik Nak Buang Kedut, Muka Wanita Ini Lumpuh Terus

Seorang wanita yang telah menerima suntikan bagi membuang kedutan pada wajah bernasib malang selepas bahagian kiri wajahnya itu menjadi lumpuh.

akibat suntik nak buang kedut, muka wanita ini lumpuh terus

Memetik laporan Oddity Central, wanita yang dikenali sebagai Zhao, 29, dari Hangzhou menerima rawatan kecantikkan di hospital pada 12 September lalu.

Advertisement

Beliau yang sebelum ini pernah beberapa kali melakukan rawatan itu mendapati, keningnya tidak dapat digerakkan, manakala mulut dan mata kiri tidak lagi boleh ditutup.

Ia juga menyebabkan Zhao tidak dapat mengunyah makanan dan terpaksa minum dengan menggunakan straw.

Zhao yakin kesemua ini adalah berpunca daripada dua orang doktor yang melakukan suntikan pada wajahnya dan akan menuntut ganti rugi atas apa yang berlaku.

Bagaimanapun, pihak hospital memaklumkan enggan melayan tuntutan Zhao dan sudah memeriksa suntikan yang diberikan kepadanya bukanlah punca kenapa muka wanita ini menjadi lumpuh.

Sumber: Oddity Central

ERA Muzik Hit Terkini