Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Muka ‘Macho’ Abdul Latif Romly Jadi Tumpuan Warganet, “Muka Sebiji Macam Remy Ishak”

Atlet lompat jauh negara, Abdul Latif Romly meraih tumpuan di media sosial dalam kalangan warganet selepas memenangi pingat emas ketiga di Paralimpik Tokyo 2020 pada Sabtu.

muka ‘macho’ abdul latif romly jadi tumpuan warganet, “muka sebiji macam remy ishak”

Advertisement

Baru-baru ini, sekeping gambar tular di media sosial yang memaparkan perbandingan wajah Abdul Latif ketika aksi di sukan Paralimpik Rio 2016 dan wajah terkini yang disifatkan berbeza.

Atlet berusia 24 itu menjadi perbualan hangat orang ramai kerana ketampanannya dan wajahnya yang mirip seakan wajah pelakon terkenal, Remy Ishak.

Rata-rata warganet turut memuji wajah kacaknya dan menitipkan ucapan tahniah atas kemenangan pingat emas yang diperoleh menerusi acara lompat jauh T20.

“Dulu muka babyface sahaja, sekarang dah Remy Ishak,” komen seorang pengguna media sosial.

“Dua-dua beza betul muka dulu dengan sekarang yang makin kacak,” kata warganet.

“Sekarang nampak semakin matang dengan muka macam Remy Ishak lagi,” komen salah seorang warganet.

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

ERA Muzik Hit Terkini