Seorang murid dilaporkan telah dirotan gurunya sebanyak lima kali akibat permintaannya terhadap rakan sekelasnya untuk menanggalkan songkok kerana menghalangnya melihat melihat tulisan di papan putih.
Murid tersebut merupakan pelajar untuk Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) di Cheras.
Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 9.05 malam dan bapa mangsa membuat laporan tersebut terhadap anaknya yang berusia 11 tahun dirotan pada Selasa lalu.
Malah, guru terbabit tidak berpuas hati terhadap murid tersebut yang meminta rakan sekelasnya menanggalkan songkok akibat menghalang penglihatannya di dalam kelas.
“Siasatan awal mendapati, guru terbabit merotan murid terbabit lima kali hingga mengakibatkan kesan calar pada badannya. Murid terbabit kemudiannya dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

“Pegawai penyiasat kes hadir ke sekolah berkenaan untuk melengkapkan siasatan namun dimaklumkan oleh pihak sekolah bahawa guru terbabit sedang bercuti dan kini berada di luar kawasan,” katanya.
Siasatan lanjut masih dijalankan dan akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro