Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Musim Tengkujuh Datang Lagi, Episod Hujan Lebat Dijangka Berlaku

Musim tengkujuh di Malaysia dijangka akan bermula pada 11 November 2020 dan akan berakhir pada Mac 2021.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, Kementerian Alam Sekitar dan Air, dalam tempoh ini, empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku di Malaysia.

Advertisement

musim tengkujuh datang lagi, episod hujan lebat dijangka berlaku

Semasa fasa awal Monsun Timur Laut iaitu dari November sehingga Disember 2020, episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Manakala mulai Januari 2021, episod hujan lebat dijangka lebih tertumpu di Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.

Fasa kedua Monsun Timur Laut iaitu mulai hujung Januari 2021 seperti biasa dijangka cuaca agak kering di negeri-negeri di utara Semenanjung (Kedah, Pulau Pinang dan Perlis) dan Kelantan.

Hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan kawasan kerap banjir. Selain itu, tiupan angin Timur Laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora dan ombak besar di perairan Laut China Selatan.

musim tengkujuh datang lagi, episod hujan lebat dijangka berlaku

Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh dan sentiasa peka dengan amaran hujan lebat serta angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

Orang ramai boleh menghubungi talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Sumber: Met Malaysia

ERA Muzik Hit Terkini