Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Muzik Terbukti Bantu Bayi Pramatang Untuk Membesar - Kajian

Bayi pramatang dilahirkan dalam minggu 24-32 minggu kehamilan. Bayi pramatang kerap berdepan dengan masalah kesihatan, ini kerana mereka tidak dapat melalui proses tumbesaran yang normal.

muzik terbukti bantu bayi pramatang untuk membesar - kajian

Kajian yang dijalankan oleh University of Geneva (UNIGE) dan University Hospitals of Gena (HUG) mendapati terapi muzik dapat membantu tumbesaran otak bayi pramatang.

Advertisement

Satu eksperimen dijalankan dengan membahagikan bayi pramatang kepada dua kumpulan, satu didendangkan dengan muzik. Satu kumpulan lagi tidak didendangkan muzik.

Muzik khas yang didendangkan kepada bayi pramatang itu menggunakan alat seperti bunyi-bunyian bertali, serunai serta loceng.

muzik terbukti bantu bayi pramatang untuk membesar - kajian

Keputusan ekspiremen mendapati bayi pramatang yang didendangkan muzik mempunyai imbasan  otak yang hampir sama dengan bayi dilahirkan cukup bulan dan ini terbukti, muzik dapat membantu tumbesaran otak mereka.

Tahukah anda, perubahan gaya hidup dan usia ibu yang mengandung secara tak langsung menyumbang kepada kelahiran bayi pramatang.

Sumber

ERA Muzik Hit Terkini