Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Butang ‘Aduan’ Di Aplikasi MySejahtera Bakal Diaktifkan, Mudahkan Orang Ramai Lapor Pelanggaran SOP

Aplikasi MySejahtera bakal didatangi fungsi baharu untuk orang ramai melaporkan sebarang pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang dilakukan individu atau premis kepada pihak berkuasa.

butang ‘aduan’ di aplikasi mysejahtera bakal diaktifkan, mudahkan orang ramai lapor pelanggaran sop

Advertisement

Menerusi hantaran di laman Facebook Kementerian Kesihatan (KKM), orang ramai boleh membuat aduan pelanggaran SOP di butang ‘Aduan’ yang akan diaktifkan di MySejahtera tidak lama lagi.

“Orang ramai boleh membuat aduan seperti pelanggaran SOP untuk individu yang tidak memakai topeng muka atau gagal mematuhi jarak fizikal.

“Bagi pengendali premis, pelangaaran SOP itu termasuklah kegagalan merekod pelawat atau memeriksa suhu badan,” katanya.

butang ‘aduan’ di aplikasi mysejahtera bakal diaktifkan, mudahkan orang ramai lapor pelanggaran sop

Tambahnya, aduan pelanggaran SOP lain termasuk pelanggaran perintah kuarantin dan isu-isu terlibat lain juga boleh dibuat menerusi aplikasi berkenaan.

“Menerusi kemudahan baharu yang akan dilancarkan dalam waktu terdekat ini, pengadu juga boleh memuatnaik gambar sebagai bukti aduan pelanggaran SOP,” ujarnya.

butang ‘aduan’ di aplikasi mysejahtera bakal diaktifkan, mudahkan orang ramai lapor pelanggaran sop

Rata-rata warganet menyambut baik usaha untuk menambah fungsi tersebut di aplikasi MySejahtera bagi memudahkan orang ramai membuat laporang perlanggaran SOP.

“Bagus ada fungsi ni, mudah nak buat laporan kalau ada atau kedai yang langgar arahan, SOP kan,” komen seorang warganet.

“Bila ada fungsi ni nanti gunalah sebaiknya, jangan lah salah guna pula buat laporan tak  sepatutnya, palsu ke,” ujar seorang warganet.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

ERA Muzik Hit Terkini