Aplikasi MySejahtera akan tampil dengan penambahan kemudahan paparan status vaksinasi dan risiko seseorang.

Advertisement
Menerusi satu ciapan di laman Twitter, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan aplikasi itu akan ditambah baik bermula semalam kepada pengguna.
Tambahnya, paparan baharu itu akan menunjukkan sama ada seseorang itu sudah divaksinasi sepenuhnya atau tidak setiap kali dia mengimbas kod QR daftar masuk.

Malah, satu butang daftar keluar turut ditambah ke dalam aplikasi MySejahtera bagi menambah baik usaha menjejaki kontak rapat.
Mudah sahaja, pengguna hanya perlu menekan butang aplikasi itu tanpa perlu mengimbas sebelum keluar dari sesebuah premis atau lokasi.
The @my_sejahtera team will push a new build tonight making it easier for people to display their risk level and vaccination status - this will ease living with Covid, together.
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) September 2, 2021
Will further update and improve the app over the coming weeks. pic.twitter.com/HlClvaA6dQ
Sumber: Awani