Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Nahas Bas Rompin: Seorang Lagi Guru Meninggal Dunia

nahas bas rompin: seorang lagi guru meninggal dunia

Seorang lagi guru yang terlibat dalam kemalangan bas persiaran dan sebuah treler di Jalanan Kuantan-Segamat di sini awal pagi Ahad meninggal dunia, menjadikan jumlah mangsa maut seramai empat orang setakat ini.Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Nor Azman Yusof mengesahkan bahawa mangsa keempat meninggal dunia sekitar jam 9.30 malam tadi dikenali sebagai Dahlia Ahmad berusia 52 tahun.

Advertisement

Menurutnya lagi, sebanyak 25 dibenarkan keluar selepas menerima rawatan manakala 10 lagi mangsa nahas ini  masih menerima rawatan.Terdahulu, sebuah nahas jalan raya yang melibatkan sebuah bas yang membawa 39 penumpang temasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.

Bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan membawa rombongan guru SK Jeram, Masjid Tanah, Melaka bersama anak mereka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras.

Sumber: BERNAMA

ERA Muzik Hit Terkini