Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Nahas Maut Di Rompin: Pemandu Bas Didakwa Memandu Secara Melulu

nahas maut di rompin: pemandu bas didakwa memandu secara melulu

Seorang pemandu bas persiaran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga mengakibatkan kematian di KM126 Jalan Kuantan-Segamat pada 9 Jun lepas.

Advertisement

Pemandu bas, Zamry Pon, 50, hadir ke mahkamah dengan bertongkat dan berpelitup muka membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Melody Woon Sze Mun.

Dia didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun serta denda tidak kurang RM20,000 dan tidak melebihi RM50,000, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding berkenaan, Timbalan Pendakwa Raya Noor Asyikin Hashim menawarkan jaminan RM10,000.

Bagaimanapun, peguam Muhammad Denial Khairul Hizam memohon wang jaminan dikurangkan kerana anak guamnya kini tidak bekerja berikutan masih dalam rawatan akibat kecederaan pada pinggang dan kaki selain perlu menanggung isteri, empat anak yang masih bersekolah termasuk seorang adik Orang Kurang Upaya (OKU).

Woon kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Ogos untuk serahan dokumen.

 

Sumber: BERNAMA

ERA Muzik Hit Terkini