Berita baik buat penumpang MRT di Singapura kerana anda boleh menikmati MRT secara percuma jika anda boleh membuat squat.
Dipetik daripada portal Coconuts, #Dosquatschallenge oleh sebuah syarikat insurans ini hanya memerlukan mereka yang mempunyai ketinggian lebih 1.2 meter untuk membuat 20 kali squat dalam masa 40 saat. Jika berjaya, anda boleh mendapat tiket menaiki MRT secara percuma.
Advertisement
Cabaran berkenaan telah bermula sejak 21 Mac yang lalu dan akan berakhir pada 17 April ini di City Hall MRT Station. Sehingga kini, ia sudah menarik minat lebih 600 penumpang di Singapura!
Sumber: Coconuts
