Satu rakaman telah dimuatnaik di Youtube menunjukkan seorang kanak-kanak dilihat seronok menaiki belakang seekor ular sawa, bagaikan sedang menunggang seekor kuda.

Video yang dirakamkan di daerah Thanh Hoa, Vietnam itu pada mulanya dikatakan palsu, namun dinafikan oleh ahli keluarga kanak-kanak tersebut yang mengakui bahawa ular tersebut adalah peliharaan mereka.
Advertisement


Menurut laporan oleh Mirror, ibu saudara kepada kanak-kanak berusia 3 tahun tersebut menyatakan bahawa ular berkenaan adalah jinak dan itu adalah satu daripada 4 ekor ular peliharaan mereka.
Rata-rata ular peliharaan mereka adalah seberat 80 kilogram.
Sumber: Youtube / Mirror