Seorang lelaki dari Filipina ini pada mulanya mahu membuat kejutan pada ayahnya dalam satu video vlog, namun tidak menyangka pengakhirannya sangat menyayat hati.

Advertisement
Menerusi video yang dikongsikan, lelaki terbabit dilihat tidak sabar untuk melihat reaksi bapanya apabila melihat kepulangannya.

Namun beliau tidak menduga, bapanya sudah meninggal dunia malah beliau berulang kali cuba mengejutkan dan menepuk mayat bapanya sambil meraung dan menangis.

Turut kelihatan jiran dan ahli keluarga yang berada disitu, juga tidak mampu menahan sebak dan mengalirkan air mata melihat ayah dan anak itu.

Sumber : I’m Okay