Seorang penulis travelog telah berkongsi menerusi laman Instagramnya menunjukkan bagaimana dia mengelak dari membayar caj bagasi.

Wanita yang bernama Rebecca Andrews itu mula-mula menggulung wayar kabelm memasukkannya kedalam kain berlainan sebelum memasukkan ke dalam baju dan menjadikan wayar tadi sebagai baby bump.
Advertisement
Beliau kemudiannya meletakkan laptop di bahagian belakang badan bagi membentuk postur dan menyarung sehelai baju longgar bagi menampakkan ilusi seperti orang mengandung.


Walaubagaimana pun, taktiknya itu tidak berkesan apabila dia terjatuhkan tiket menyebabkan pegawai keselamatan ternampak bentuk laptop pada bahagian belakangnya.