Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Nak Kulit Cantik? Rajin-Rajinlah Makan Buah Pear!

Buah pear mempunyai rasa enak, rangup dan juga manis. Jadi tidak hairanlah ia sering dijadikan hidangan snek selepas makan malam.

nak kulit cantik? rajin-rajinlah makan buah pear!

Namun tahukah anda, hidangan buah pear bukan sahaja enak pada rasa, tetapi ia juga mempunyai manfaat untuk kesihatan dan juga kecantikkan kulit muka?

Advertisement

Menurut kajian dari Medicalnewstoday.com, buah pear mampu memenuhi keperluan vitamin C harian sebanyak 12%, vitamin K sebanyak 10%, kalium sebanyak 6% dan sejumlah kecil kalsium, zat besi, magnesium, riboflavin, vitamin B-6, dan folat.

Bukan itu je, buah pear merah mempunyai kandungan karotenoid, flavonol dan antosianin yang sangat penting bagi kulit kerana bahan ini boleh membantu penyerapan vitamin dalam tubuh. Secara tak langsung, ia boleh menjaga kesegaran kulit korang.

nak kulit cantik? rajin-rajinlah makan buah pear!

Buah pear juga mempunyai kandungan serat dan air yang sangat baik, membuatkan wajah korang nampak berseri dan lembut. Malah, katanya buah pear juga boleh membantu wajah bebas daripada jerawat.

Sumber: Medical News / Fimela

ERA Muzik Hit Terkini